CATATAN BLOG

Bukan sekadar catatan atau coretan...

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Archives
    Archives Contains a list of blog posts that were created previously.
  • Login
    Login Login form
Recent blog posts
10
Jun

TIPS MENJADIKAN KELUARGA HASANAH

Posted by on in Kekeluargaan

Panduan buat ibu bapa: Berikut 6 tips nak supaya anak2 solat, anak2 taat kpd ibu bapa, anak2 jadi anak/insan soleh-solehah.

1. Kumpulkan anak2, suami, isteri paling kurang 5 minit setiap hari (seeloknya lepas maghrib atau isyak). 5 minit je. pengisiannya baca al-Quran sama2 & bacakan hadis nabi s.a.w. kata ulamak, 3 hari berturut-turut kita tak dengar/baca hadis, akan ada satu titik hitam dalam hati. bayangkan kalau tak pernah didengarkan kpd anak2, isteri, suami hadis.

2. Ceritakan kepada anak2 tentang kehebatan Allah walaupun secara ringkas. cerita la apa2 pun seperti Allah yg jaga kita, Allah yg jadikan bulan bintang & lain2. ingat, kalau anak2 tak taatkan Allah.. mana mungkin dia nak taat kepada ibu bapa/manusia lain. fikir2kan.. jadi selalu igtkan kehebatan Allah, selalu igtkan supaya takut kepada azab Allah.

3. Pastikan sumber & apa makan/minum anak2 di luar, sebagai contoh, kalau di kantin sekolah adakah tukang masak org yang solat & lain2. org yg x solat xde agama, bayangkan makanan yg dimasak masuk ke badan anak2, jadi darah daging.. igtkan juga anak2 jgn makan/minum makanan/minuman yg dicuri.

4. Ibu2... pastikan ketika masak tutup aurat (walaupun dalam rumah), dlm keadaan berwudhuk & selalu berzikir. ramai yg tak buat ni, lepas ni cuba jadikan amalan.
5. Selalu beristighfar nabi Yunus, "Lailahailla anta subhanakainni kuntu minazzolimin". Amalkan baca dalam kereta, tgh tunggu bas/teksi, berjalan/jogging dan lain2. ajarkan kpd anak2, isteri, suami juga. semoga Allah bebaskan kita dari belenggu masalah.

6. Amalkan makan bersama keluarga dalam talam/dulang. ini sunnah nabi. kalau susah sgt nak buat, cuba sekali-sekala ajak keluarga makan shellout kat restoren luar, biasakan makan bersama sedulang/setalam.

Last modified on
Hits: 52
Rate this blog entry:
0
07
Jun

MUDAH DAFTAR SYARIKAT DI SSM

Posted by on in Biz

Alhamdulillah, hari ni selesai perbaharui pendaftaran syarikat saya iaitu WIRASUTRA NETWORK (No. Pendaftaran SSM : 0359942-W). Saya buat pembaharuan pendaftaran di Shah Alam, kali pertama ke tempat baru. Dulu buat pendaftaran atau renew pendaftaran di Pejabat SSM Bangunan SACC MALL. Sekarang Pejabat SSM Shah Alam dah berpindah ke lokasi baru di Seksyen 3 Shah Alam.

Saya sampai jam 10.30 pagi, parking berbayar tapi banyak yang kosong. Masuk ke SSM banyak kerusi kosong, tempat selesa. Saya terus ke kaunter khidmat pelanggan, pegawai situ bagitau supaya renew je kat mesin, lagi cepat dan mudah. Ada 2 mesin berwarna kuning kat luar, alhamdulillah masuk je ke bilik kaca tu hanya ada 2 orang je tengah guna mesin-mesin autopay tu. Bila sampai turn saya, ingatkan susah sangat nak guna sebab first time kan.. tapi rupanya takde masalah apa pun. Mula-mula masukkan MYKAD, kemudian scan ibu jari. Bila mesin dah kenalpasti pemilik, ikut je step-by-step arahan pada monitor mesin tu.. last sekali selepas buat pembayaran dan dapat resit pembayaran, kita akan terima dokumen-dokumen berkaitan termasuk sijil pendaftaran SSM yang terkini. Saya pilih renew setahun je sebab lepas ni nak renew secara online je.

Ok, bagaimana cara nak renew SSM secara online? Mudah je, jika belum pernah buat.. anda hanya perlu ke laman web https://ezbiz.ssm.com.my kemudian daftar dulu kat situ. Kemudian anda akan terima emel dari SSM, cetak kandungan emel yang diterima dan bawa ke SSM untuk diaktifkan/activation. Kalau tak silap selepas register tu, ianya mesti disahkan dalam tempoh 3 bulan, rasanyalah. Selepas 24 jam pengesahan dibuat oleh staf SSM, anda dah boleh login ke web ezbiz tu dan renew SSM secara online bila-bila masa je. Tak perlu lagi susah payah nak ke mana-mana Pejabat SSM bagai. Untuk daftar kali pertama, anda boleh buat je kat SSM, kalau kat SSM Shah Alam ni.. anda terus je ke kaunter 10. Kat kaunter tu disediakan komputer untuk anda buat pendaftaran. Tak perlu nak ambik nombor giliran pun. Tak paham boleh tanya je kat kaunter khidmat pelanggan depan pintu masuk tu.

Secara jujurnya saya rasa, sangat baguslah ada kemudahan macam ni, lebih efisyen dan menyenangkan. Lepas ni makin ramai la buka syarikat ye.. walaupun hanya jual nasi lemak je pun. Asal namanya bisnes mesti berdaftar, ingat tu. Lesen perniagaan dengan majlis perbandaran tu tak sama ya macam pendaftaran SSM ni.

Oh ya, jika tempoh sah SSM anda dah luput/tamat tempoh dan anda belum renew, anda akan dikenakan kompaun semasa renew dengan syarat tamat tempoh belum lebih setahun. Jika tamat tempoh melebihi setahun, anda perlu daftar syarikat semula seperti pendaftaran SSM kali pertama.

Siapa yang nak ke SSM Shah Alam, boleh ke alamat kat bawah ni ya :

Blok 9, 10 & 11
Kompleks KPPMS
Lot 291, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3
40000 Shah Alam, Selangor

Atau WAZE je 'SSM SHAH ALAM'. Semoga dapat membantu. Jumpa lagi...



Last modified on
Hits: 254
Rate this blog entry:
0

Terima kasih kerana mengunjungi web ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan, gangguan emosi, kecacatan dan perbalahan disebabkan melayari laman web/portal ini. Laman web Wirasutra Network adalah portal peribadi.

Claim bonus atbet365 united kingdom - bbetting.co.uk